Jan 17, 2011

BIMBANG RASANYA .............


Aku bimbang .. sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan
Nankir dengan senyuman bermanis wajah Atau ................
apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang.. sangat bimbang..
isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah Aku depan tv menonton
AKADEMI FANTASIA, Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan Tapi aku masih
berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang Bagaimanakah nasibku..
setelah dunia aku tinggalkan?


Aku bimbang.. amat bimbang.. imanku masih terumbang-umbang Ketika aku
di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an Buat
meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan Nasibku di bawah
tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang.. sangat bimbang.. amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang Tinggalkanlah padang
bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti
orang lain Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH,,,,

tatapan untuk renungan bersama..

No comments:

Post a Comment