Sep 21, 2011

Petua Untuk Hati

Heart.jpg
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:

- Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

- Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

- Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran &
  pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya

- Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya
  (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan
  sebagainya

- Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Mata Melihat Alam, Hati Melihat Tuhan

Sebelum mata pena meluncur laju, marilah kita pertama dan selama-lamanya panjatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi dengan keizinan dariNya, telah berjaya diterbitkan pada minggu ini dengan tajuk yang saya rasa sedikit berkias dan mempunyai maksud yang sangat mendalam. “Mata Melihat Alam, Hati Melihat Tuhan” 



Antara organ yang dikurniakan Allah kepada kita sebagai manusia ialah mata dan hati. Jika dilihat dari perspektif sains, dua organ ini merupakan antara organ yang terpenting yang dikurnikan kepada kita untuk menjalani kehidupan seharian. “Dari mata, jatuh ke hati” Mungkin sudah tidak asing lagi ungkapan ini dalam kalangan mahasiswa seperti kita dan ungkapan ini sendiri sebenarnya sudah cukup menerangkan betapa pentingnya mata dan hati yang dikurniakan Allah kepada kita. Hanya terpulang kepada kita sendiri untuk mengarahkannya kepada fujur (keburukan) ataupun kepada ketakwaan (kebaikan).
Firman Allah dalam Al-Quran:
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
Surah Asy-Syam 91:8,9,10)
Ayat yang diterangkan di atas sungguh mudah dan senang difahami dan segala keputusan terletak di tangan kita untuk mengarahkannya. Its in your hand!
Hati yang dikurniakan Allah merupakan elemen penting dalam pembentukan individu. Sabda hadis yang berbunyi “Ketahuilah bahwa di dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan apabila ia rosak maka rusaklah pula seluruh jasad, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)
Satu lagi bukti sahih yang menunjukkan betapa pentingnya organ hati kepada kita. Mana mungkin hati yang kotor dapat melihat Rabnya tanpa terlebih dahulu dibersihkan. Maka, dimanakah tahap kebersihan hati kita? Sama-samalah kita menilai diri masing-masing. 


Berikut merupakan sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama bagaimana caranya untuk kita membersihkan hati kita atau cara bagi kita untuk menambah kualiti hati kita:
1)   Perbanyakkan zikir kepada Allah
“Perumpamaan orang yang berzikir (menyebut dan mengingat) Tuhannya dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.” (HR. Bukhari)
2)   Mengingat kematian
“Perbanyakkan mengingat sang penghancur kenikmatan, yakni kematian”. (HR Tirmidzi)
3)   Ziarah kubur
“Dulu aku pernah melarangmu ziarah ke kubur. Sekarang berziarahlah ke kubur, kerana ia akan melembutkan hati, menitiskan air mata, mengingat akhirat, dan membuatmu tak mengucapkan perkataan yang buruk”. (HR. Al-Hakim)
4)   Mengunjungi orang-orang yang shalih
“Perumpamaan teman duduk yang soleh itu seperti penjual minyak wangi. Jika ia tidak memberimu sebahagian dari minyak wanginya, maka kamu sudah mendapatkan bau wangi daripadanya”. (HR. Abu Dawud)
5)   Mengasihi orang miskin dan menyayangi anak yatim.
“Apakah kamu ingin hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu? Sayangilah anak yatim, usaplah kepala mereka, dan berikan mereka sebahagian dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan dapat memenuhi hajatmu.” (HR. Thabrani)

Alam semulajadi merupakan salah satu kebesaran Allah yang dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, langit, gunung, kehidupan di dasar air, dan pelbagai lagi jenis alam kehidupan yang mungkin tidak termampu untuk kita senaraikannya. Bagi yang mempunyai nikmat mata, tiada alasan untuk tidak bersyukur. Lihatlah alam sekeliling yang terbentang luas dengan keindahan yang sungguh menakjubkan. Apakah bukti lagi yang kita mahukan? Cukup sudah bukti-bukti yang sedia ada atau kita bakal tidak termampu untuk menjawabnya di hari perhitungan kelak. Jika kita terus melihat kepada petanda kebesaran Allah, kita memang tidak dapat menafikannya daripada kebenaran.


Sebagai pengakhir kalam, berubahlah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Bersihkanlah hati kita dan lihatlah alam sekeliling kita. Supaya diakhirnya, hati kita dapat melihat  Allah sebagai tuhan sekalian alam dan seterusnya menjadikan kita sebagai hamba yang sentiasa beriman dan bertakwa.

Syirik Cinta


uhibbuki-fillah-300x225.jpg

Syirik Cinta

Syirik. Ada apa dengan syirik?, anda mungkin pernah mendengar  syirik ertinya menduakan. Ya benar, menduakan Allah. Ia terhitung raja segala dosa. Dosa yang tidak ada andilnya untuk diampunkan oleh Allah SWT.

Syirk-al- mahabbah, ertinya menduakan cinta. Cinta yang paling agung melebihi cinta manusia dan seisi langit adalah cinta Allah SWT. Makanya, Allah SWT berfirman mengingatkan

“Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman
 amat sangat cintanya pada Allah…( Al Baqarah 2: 165)

Syirk-al-mahabbah adalah menduakan Allah dalam cinta. Dalam pertembungan antara cinta sesama makhluk dan cinta kepada Allah, maka cinta kepada Allah perlu lebih diutamakan. Apabila kita mencintai seseorang maka segalanya terasa indah dan ringan. Bak kata Laila Majnun yang gila di rasuk cinta ‘andai aku tidak bisa melihat orangnya, maka atap rumahnya sudah bisa menenangkan ku’. Ya,  itu kuasa cinta.

Seseorang yang mencintai Allah dengan sebesar besar cinta, maka ‘pertemuan’ dengan Allah menjadi agenda utama hidupnya. Kerinduannya untuk merenung dan mentadabbur  kalam Ilahi membuak buak, hidupnya terasa sunyi andai ada hari yang dilalui tanpa ‘berbicara’ dengan kekasihnya. Cintanya juga membuatkan hatinya tidak senang andai ada perintah kekasihnya yang dikhianati juga sebaliknya, hatinya akan terasa pedih andai dia melihat ada yang dengan sengaja melanggar perintah kekasihnya.

Disini perlunya pertimbangan cinta. Cinta yang begitu kuat kepada Allah perlu mendominasi cinta yang lain. Apabila cinta kepada makhluk sama atau lebih kuat cintanya daripada Allah, maka dia telah mensyirikkan cinta. Ya, itulah yang disebut ulamak sebagai syirkul mahabbah.

Katakanlah: Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka nantikanlah sampai Allah mendatangkan perkara-Nya (azab-Nya). Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (QS. Attaubah 9: 24).

Andai cinta kepada yang lain selain Allah SWT mendominasi, maka diri akan binasa, hati jadi gundah gulana, mandi serasa tidak basah, jiwa terasa lesu, kalam Ilahi terasa tiada harganya justeru sang bidadari khayalan pula menari indah di atas Kalam  yang maha indah, nikmat solat akan mundur pergi datang pula bidadari mainan bertasbih di hati.

Saudaraku sekalian, takutlah pada syirik cinta!.

Keinginan mencintai dan dicintai itu fitrah

Fitrah adalah perkara yang tidak dapat diubah. Ia adalah suatu kemestian dalam hidup. Mencintai dan dicintai adalah fitrah dan satu kemestian yang perlu ada dalam hidup. Andai tidak ada cinta dalam diri anda,  maka anda seolah robot yang diprogramkan. Anda solat hanya kerana itu adalah program yang diatur dalam hhidup anda, anda puasa, kerana itu juga telah terprogram dalam akal anda, anda akan melalui ibadah tanpa hati. Apa gunanya anda beribadah?!. Justeru hanya cintalah yang mampu membuat hati anda hidup.



Bentuk dari terjemahan cinta 

Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia. Allah Maha Tahu. Bukan juga Allah tidak mengetahui bahawa kau sering merindui si dia, Allah juga tahu bayangannya sering hinggap di minda mu. Allah Maha Tahu. Allah juga tahu bahawa ada ketikanya hatimu berusaha menghindarinya, tetapi bayangannya datang semula. Ingatlah, Allah Maha Tahu!.

Lantas bagaimana?, ketika anda telah berusaha menghindarnya  tetapi si dia tetap hadir juga. Pesan saya, ingatlah itu fitrah manusia, saya juga pernah melaluinya, tapi awas, jangan sampai FITRAH BERTUKAR MENJADI FITNAH!.

Islam tidak menghalang fitrah yang wujud dalam hati tetapi Islam menggariskan panduannya. Pernikahan?

Nanti dulu, sebelum anda berfikir untuk menikah, ada banyak persoalan lain yang perlu anda fikirkan. Adakah anda siap?, bukankah anda sedang bertarung untuk lulus dalam pelajaran?, Adakah anda yakin ‘menikah’ adalah solusinya.

Sekiranya anda yakin dan anda siap  maka teruskanlah niat baik anda. Tetapi, tidak sedikit saya lihat orang yang memperjudikan perkahwinan hanya kerana alasan menjaga hati. Nilai sebuah perkahwinan terlalu kerdil kalau alasannnya hanya untuk menjaga hati. Perkahwinan ibarat sebuah pelayaran, adakalanya ia dapat belayar tenang, adakalanya ribut taufan datang membadai, adakalanya angin bayu menerpa. Perkahwinan itu penuh ranjaunya, jadi jangan memperjudikan perkahwinan dengan hanya alasan menjaga hati. Persiapkan diri!

Adakah anda sudah siap?, kalau belum, hanya ada satu kata lagi yang mampu menjaga  anda, MUJAHADAH. Jadikan rasa cinta ini sebagai UJIAN. Jadikan dia sebagai gelanggang ibadah untuk anda meraih pahala mujahadah.

Apabila diri anda disampuk  ‘angau’ , cepat cepatlah beristighfar. Apabila anda terasa ingin chating dengan wanita yang bukan mahram tanpa sebab, maka segeralah berwuduk dan beristighfar, andai rindu pada si dia tetap datang bertandang, berwuduk dan solatlah!, hadirnya rindu itu tidak salah kerana ia di luar kehendak anda, tetapi istighfarlah kerana anda sedang membuka ruang menjalarnya zina hati.

“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina. Kedua dua  mata itu berzina dan zinanya dengan melihat. kedua dua kaki juga berzina dan zinanya adalah dengan berjalan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perkara tersebut” (Hadis Riwayat Ahmad)

Apabila anda tidak berusaha menutup segala ruang kepada terjadinya zina hati, maka anda terjebak dengan dosa. Anda berbicara mahu melupakan si dia kerana takut dosa, tetapi dalam masa yang sama gambar si dia masih anda simpan!, anda berbicara untuk mendapatkan cinta Allah tetapi anda tetap tidak mampu mujahadah meninggalkan chatting kosong dan sms bertanya khabar tanpa sempadan dengan si dia. Anda dating bertemankan syaitan!. Apalah guna anda berbicara tentang Cinta Allah kalau hati anda sekerdil itu?!.




Ingatlah firman yang Maha Esa

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk ( Al Isra’ 17: 32)

Mungkin ada yang berkata, kami tak buat pun perkara yang menghampiri zina. Maka di sini ulamak menjelaskan tafsiran ayat “Janganlah kamu menghampiri zina” adalah ‘jangan kamu kamu mendekati sedikitpun daripada zina’ (Tafsir Al Qurtubi, jil. 10, hlm. 253). Ertinya janganlah kamu mendekati apa apa yang berhubungan dengan zina dan apa apa yang membawa kepada zina, apatah lagi sampai berzina. (Tafsir Ruh al Ma’ani, jil. 15, hlm, 67-68).

Apabila anda mampu bermujahadah, maka inilah bentuk terjemahan cinta yang sebaiknya. Anda telah mendahului cinta Allah daripada cinta makhluk. Anda telah terhindar dari syirik cinta. Tahniah!.



Sekian,

Wallahua’lam

Pena Mujahid

Sep 20, 2011

BIODATA RASULULLAH Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam



Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (mulia)."  (Surah Al-Qalam:4) Firman Allah S.W.T. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam." (Surah Al-Ahzab:56)

  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta"

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenalisebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
 Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
 Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
 Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
 Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakanbatu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina AbuBakar Al-Siddiq.
 Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Sep 19, 2011

13 Aurat Wanita..





1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng -
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kisah Si Angkuh Bongkak





Dalam al-Quran diceritakan perihal seorang lelaki yang diberi Allah kurnia berupa dua kebun anggur. Kedua kebun itu dikelilingi pohon-pohon kurma. Dan di antara dua kebun itu dibuatkan ladang. Dan dialirkan sungai di celah-celah kedua kebun tersebut. Kedua kebun itu menghasilkan buah yang melimpah ruah.Dengan tuaian besar setiap musimnya itu si pemilik kebun  menjadi kaya raya. Akan tetapi kekayaan yang dimilikinya tidak menjadikan lelaki itu rendah hati di hadapan Allah, apatah lagi mensyukuri kurnia Allah yang diberikan kepadanya. Pemilik kebun itu tidak mahu berterima kasih kepada Allah atas kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Dia lalu bersikap kufur(ingkar) dan melampaui batas.

 Dia bahkan bersikap bongkak dan menafikan rahmat Allah atas kekayaan yang dimilikinya. Dia dengan sombong berkata sesamanya:

Surah al-Kahfi, ayat 34:


"Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah dia kepada rakannya, semasa dia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai."

Surah al-Kahfi, ayat 35:

"Dan dia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang dia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil dia berkata: Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya."

 Dia bahkan menganiayai dirinya sendiri ketika berkata di kebunnya: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya.".Lelaki kafir itu bahkan bertambah ingkar kepada Allah dengan menafikan adanya hari kiamat dan hari kebangkitan :

Surah al-Kahfi, ayat 36:


"Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku.."

 Keangkuhan si pemilik kebun itu bahkan sampai pada titik didihnya dengan ucapan keangkuhannya:

Surah al-Kahfi, ayat 36:


"Dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini."

 Atas kekufuran(keingkaran) dan kebongkakan pemilik dua kebun itu, Allah menyegerakan hukumanNya kepada manusia itu:

Surah al-Kahfi, ayat 42:


"Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah dia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku."

Allahua'lam..sama2 jadikannya sebagai peringatan buat kita..takutlah kepada Allah SWT..semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang bersyukur..amiin..

NELAYAN DAN ULAT



Seorang nelayan yang soleh, Abu Jaafar Mansur, telah berjaya menangkap seekor ikan tetapi seorang pengawal kerajaan telah merampas ikan itu dari tangannya dan memukulinya. Maka berkatalah Abu Jaafar, "Ya Tuhanku, Engkau menciptakan aku dalam keadaan lemah dan Engkau mencipta dia dalam keadaan gagah perkasa, sehingga dia dapat menganiaya aku. Kuasakanlah dia pada satu makhluk dan jadikanlah dia sebagai pelajaran bagi semua kaum muslimin."


Setelah pengawal kerajaan itu tiba di rumahnya, dia mengoreng ikan itu. Ketika dia meletakkan ikan itu di atas hidangan, duri ikan itu tiba-tiba menyengatnya dengan izin Allah SWT tangan yang tertusuk duri ikan itu bertambah parah dan ulat memakan tangannya. Dia tidak tahan lagi dan terpaksa tanga itu harus dipotong tetapi ulat itu malah menjalar ke lengannya dan terpaksa dipotongnya pula. Kemudian dia tidur dan bermimpi seseorang mengatakannya kepadanya, "Kembalikan hak itu kepada pemiliknya, agar engkau selamat dari penyakit ini."

Setelah dia terbangun, barulah dia menyedari mengenai ikan yang dirampas dari Abu Jaafar. Maka datanglah dia menjumpai Abu Jaafar dan memberinya sepuluh dirham dan meminta halal kepadanya. Ketika Abu Jaafar menghalalkannya, maka berjatuhanlah ulat itu dari tangannya yang terluka dan kembalilah tangan itu sembuh seprti sediakala dengan kekuasaan dan izin Allah Taala.


Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada kisah di atas, di antaranya ialah jangan merasa diri kita besar atau bangga diri serta boleh mengambil kesempatan ke atas diri orang yang lemah. Kebanyakan orang zaman sekarang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain disebabkan akan kuasa yang mereka miliki. Selain itu janganlah kita menzalimi orang yang lemah kerana perbuatan itu ibarat menzalimi diri kita sendiri. Hal ini kerana setiap perbuatan yang zalim itu mendatangkan dosa....


Harap bersama kita hayati kisah diatas......