Dan ketahuilah duhai saudara-saudaraku. Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan. Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu, mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu. Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu.
Kau gembira mendengarkannya. Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu. Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui. Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat.
Pintalah sang CINTA itu pulang. Beritahulah kepadanya "Maafkan aku". Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku. Kerana, aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya. Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku, yang Maha Pengasih.
Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku. Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri. Terang dan menerangi. Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku. Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku.
Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......
Duhai saudara-saudara. Sungguh cinta itu indah, namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia.
Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?
Katakanlah wahai saudara-saudaraku. Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku, memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku. Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku. Dan mengukuhkan tulangku. Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku, tutur bicara mulutku.
Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH. Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya. Hidup dan matiku. Segalanya untukNya. "CINTA ALLAH CINTA ABADI"
No comments:
Post a Comment