Jan 19, 2011

Cintailah Rasulullah kerana Baginda Sangat Menyayangi Kita…







Daripada Abbas r.a., Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik!kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua.Pada seruan yang kedua pula,kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga,ketika Rasulullah S.A.W berdiri, baginda S.A.W telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W. Baginda S.A.W melihat ke kanan dan ke kiri. Baginda S.A.W dapati, tiada lagi bangunan. Baginda S.A.W menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Baginda S.A.W bersabda: “kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” Jibril as berkata:”Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda S.A.W bersabda:”Bukan seperti itu pertanyaanku.” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda S.A.W bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Baginda S.A.W bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat, baginda S.A.W akan bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata:”Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila Nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka Nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad S.A.W berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?” Nabi Muhammad S.A.W bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan. “Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W!”



Nabi Muhammad S.A.W bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Wahai umatku.”Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Nabi Muhammad S.A.W?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.” Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! katakanlah kepada kekasihku, Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad S.A.W berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Allah Taala berfirman: ” Hari ini, kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad S.A.W menyeru: “Tuhanku…Penguasaku Penghuluku…! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: ” Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?” Neraka pula berseru: ” Wahai Tuhanku…Penguasaku dan Penghuluku!Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.” Nabi Muhammad S.A.W lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda S.A.W sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, baginda S.A.W rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan oleh Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya. Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”Baginda S.A.W menjawab: “kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”



Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W sedang mencari mimbar Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. “Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Adam as berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W:”Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.” Nabi Muhammad S.A.W menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku!Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”Umat Nabi Muhammad S.A.W berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi.” Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Nabi Muhammad S.A.W berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda S.A.W melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda S.A.W akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad S.A.W berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Begitu Sayangnya Nabi kepada Kita…Tetapi Kita??

No comments:

Post a Comment