Ibu, kami Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya…
Ibu ingat 14 feb tak?
Malam tu ibu ada janji temu....
Ibu jumpa jejaka tu....
Ibu kata dia cintakan ibu....
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu,
Dia rayu dan belai ibu,
Katanya cintanya hanya untuk ibu....
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya,
Ibu terbuai dalam bicaranya,
Ibu terlena oleh bisikannya,
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu,
Ibu izin dia sentuh jasad ibu,
Ibu puas dapat buktikan setia ibu,
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan…
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil,
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir,
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir…
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Mengapa kami dibuang?
Mengapa kami di bunuh?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian.....
Sedangkan ibulah yang melahirkan kami....
MENGAPA IBU?
Tak terasakah sakit dan perit?
tak berbakikah kasih dan sayang?
Dan tidak lagi kah ibu berTUHAN?
BENARKAH IBU?
BENARKAH BEGITU?
Kami cuma ingin tahu bu…..
Mengapa ibu diam membisu?
Jawablah ibu...
Adakah ibu ini SYAITAN yang bertopengkan insan?
Sedangkan yang bernama HAIWAN pun tidak membuang anaknya....
Jawablah ibu...
Jawablah di hadapan ALLAH nanti......
Begitu lah jua raungan anak kecil yang lahir daripada ibu dan ayah yang tidak bertanggungjawab. Cuma kita tak dapat mendengarnya...kalau la suatu hari nanti ALLAH tunjukkan kuasanya untuk bisa bayi yang baru sahaja dilahirkan itu untuk berbicara di khalayak ramai.... Pasti semua orang akan menangis meratapi akan dosa-dosa yang pernah mereka lakukan...
No comments:
Post a Comment